Wednesday 29 January 2014





"Ya Allah, peliharalah aku supaya menjadi insan yg terbaik buat bakal imamku, Amin Ya Rabb"

Allah ade berfirman dalam al-Quran surah 24:26 yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan -perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)".

...jadinya...

...tak perlulah kita impikan suami seperti Rasulullah sekiranya kita masih tidak sehebat saidatina Khadjah r.a....

diringkaskan di sini ialah...cintai lah Allah terlebih dahulu, sandarkan segala rasa rindu kita kepada NYA agar kita ditemukan dengan seseorang yang juga mencintai Allah....



perkongsian daripada Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah:

As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Ramai yg bertanya, apakan petanda seseorang tu sebenarnya jodoh kita? Hakikatnya, hanya Allah yg tahu. Tapi Allah juga berikan beberapa petanda utk panduan kita sbg hmbaNya yg beriman. Di antara tanda2 yg sesorg tu mungkin jodoh kita:
1. Selepas istikharah & bermesy dgn keluarga, hati kita amat yakin yg dialah jodoh kita.
2. Ramai org di sekitar yg memberikan sokongan & komen positif mengenai hub kita ni.
3. Hub kita dgn pasangan menyebabkan kita semakin hampir dgn Allah & takut terlibat dgn maksiat.
4. Hati kita semakin mantap & lebih mudah redha & jarang bertengkar.
5. Hub kita ni memberi semangat utk jadi lebih hebat & menaikkan prestasi dlm setiap apa yg kita lakukan.
6. Kita rasa amat selesa & tenteram bila bersamanya. Kita rasa yakin utk jujur & tak perlu berpura pura utk menambat hatinya.
7. Terasa amat selesa utk memberi bantuan tanpa syarat.
8. Mudah utk memaafkan apa juga kesilapan (kecil) yg di lakukan & dpt menerima masa silamnya tanpa prejudis
9. Wujud persamaan yg signifikan & mendekatkan kita dgn nya.
10. Kedua dua keluarga amat selesa & menyayangi pilihan kita tu.






11. Kita jaga amanah & sentiasa berdisiplin dgn pasangan kita tu.
12. Dpt menerima kekurangannya secara tolak ansur & redha.
13. Pasangan bersedia menjadi tukang sorak yg paling setia utk mendorong kita ke arah kecemerlangan.
14. Sentiasa mengimbangi perangai kita yg berbeza-- cthnya: satu suka berbual & seorg lagi suka mendengar.
15. Sentiasa berdoa & bertawakkal agar dialah calon pasangan kita yg sebenar.



Moga Allah kurniakan kpd kita pasangan yg dpt membantu kita utk dpt kecemerlangan di dunia & di akhirat. Aamiin, wassalam.